Tamu Sky View lakar sejarah, hidang menu patuh syariah dengan keindahan pemandangan ibu kota KL

Dari Penulis

Tamu Sky View mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya hotel yang menyediakan anjung tinjau dengan hidangan menu patuh syariah.

Lokasi pelancongan baharu yang bertempat di Hotel Tamu, Kampung Baru itu bakal beroperasi secara rasmi bermula 1 Jun.

Terletak di Tingkat 42 di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur, ruang anjung terbuka itu dijangka menjadi tumpuan kerana ia menawarkan keindahan pemandangan seluruh ibu kota terutamanya pada waktu malam dengan skala 360 darjah dengan bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembara Kuala Lumpur (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Menara Exchange 106 dan Menara Merdeka 118.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Tamu & Suites Kuala Lumpur, Syamsir Abu Bakar berkata, pengunjung beragama Islam boleh menjamu selera tanpa was-was dengan seleksi menu halal selaras dengan slogan hotel tersebut.

“Hotel patuh syariah kini menjadi tumpuan di kalangan pelancong hari ini dan menjadi salah satu faktor kami membuka Tamu Sky View untuk mereka menjamu selera sambil menikmati pemandangan,” katanya.

Hanya kadar minimum dikenakan bagi bayaran masuk, jelas Syamsir, pengunjung perlu membuat tempahan awal bagi merasai keindahan Tamu Sky View.

“Sempena pembukaan pada 1 Jun ini, kami hanya mengenakan harga RM20 bagi seorang dengan waktu maksimum berada di ruang anjung adalah selama 45 minit.

“Ia akan dibuka kepada orang ramai bermula pukul 7.00 pagi hingga 12.00 malam dengan pelbagai aktiviti akan diatur dengan tambahan caj di mana acara persendirian perlu membuat tempahan seminggu lebih awal dengan maksimum tetamu seramai 30 orang,” katanya pada majlis pra pembukaan bersama media baru-baru ini.

Sementara itu, Tamu Hotel & Suites yang terletak di tengah-tengah kawasan Kampung Baru adalah lokasi penginapan bertaraf empat bintang yang terletak di Jalan Abdullah yang merupakan mercu tanda Zikay Group.

Hotel itu menawarkan 276 bilik dan 129 suites dengan pemandangan yang menarik dari pelbagai sudut di samping wifi percuma sepanjang menginap disana.

Selain pilihan bilik yang menarik, tetamu boleh memilih empat tempat berbeza untuk lepak dan menjamu selera iaitu di Lounge Serambi, Tamu Junction Place, Suasana@27 dan Tamu Sky Lounge.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This