Jenazah penyerang Balai Polis Ulu Tiram dikebumi berasingan sebagai peringatan, dua anggota polis syahid akhirat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JENAZAH penyerang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan berjauhan daripada orang awam lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat atau melakukan perkara dilakukan suspek. 

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Jumaat lalu. 

Mesyuarat tersebut membincangkan status kematian anggota polis dan cara pengebumian suspek yang mati ditembak dalam kejadian tersebut. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan, keputusan berkenaan juga sebagai tanda bagi menzahirkan kebencian terhadap apa yang dilakukan suspek. 

“Lebih-lebih lagi tindakan dilakukan suspek membunuh pegawai yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek. 

“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohd Fared memberitahu, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan supaya jenazah suspek dimandi, dikafan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.

Jelasnya, jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan. 

Baca artikel lain: KPN sahkan penyerang Balai Polis Ulu Tiram bukan ahli Jemaah Islamiyah

Dalam pada itu, beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa turut mengklasifikasikan kematian anggota polis sebagai Fi Sabilillah iaitu kematian di jalan Allah SWT kerana menjaga dan mempertahankan keselamatan kepentingan negara. 

“Jawatankuasa Fatwa juga memutuskan bahawa jenazah kedua-dua anggota polis berkenaan sebagai syahid akhirat yang mana pengurusan jenazah hendaklah disempurnakan dengan melengkapkan empat rukun tahjiz jenazah iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. 

“Jawatankuasa Fatwa memohon kerjasama dan bantuan pihak keselamatan terutama polis agar dapat meletakkan anggota di sepanjang kerja-kerja pengurusan jenazah suspek sehingga selesai pengebumian bagi mengelakkan apa-apa gangguan dan provokasi daripada mana-mana pihak,” katanya. 

Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu parah.

Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian.

Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Jenazah penyerang insiden berdarah Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi Jumaat lalu, dilaporkan dikebumikan pada jam 12.30 tengah hari tadi di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru.

Pengebumian hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai dan anggota polis yang mengawal ketat keadaan sekitar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This