RM7.6 juta kos naik taraf Stadium Tuanku Syed Putra – Hannah Yeoh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Madani menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus proaktif untuk meningkatkan mutu sukan negara termasuk di peringkat negeri.

Terbaharu, keprihatinan KBS dapat dilihat apabila Menterinya, Hannah Yeoh melakukan lawatan ke Stadium Syed Putra di Perlis untuk melihat perkembangan terkini projek naik taraf stadium berkenaan.

Menurut Hannah, projek naik taraf Kerajaan Persekutuan menerusi KBS yang bernilai RM7.6 juta itu melibatkan kerja-kerja baik pulih bilik serbaguna, penggantian bumbung baru, penggantian tempat duduk astaka, pembaikan balapan dan naik taraf sistem bunyi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melakukan lawatan ke Stadium Syed Putra di Perlis untuk melihat perkembangan terkini projek naik taraf stadium berkenaan. GAMBAR: UKK KBS

“Projek baik pulih Stadium Tuanku Syed Putra kini dalam fasa akhir dan ia akan dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Persekutuan khususnya terhadap sukan olahraga. 

“Diharapkan selepas trek balapan stadium ini dibaik pulih ia akan menggalakkan lebih ramai atlet olahraga negeri Perlis untuk menggunakan trek ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Projek naik taraf Kerajaan Persekutuan menerusi KBS yang bernilai RM7.6 juta itu melibatkan kerja-kerja baik pulih bilik serbaguna, penggantian bumbung baru, penggantian tempat duduk astaka, pembaikan balapan dan naik taraf sistem bunyi. GAMBAR: UKK KBS

Pada masa sama, Hannah memaklumkan, beliau turut hadir ke Majlis Penyerahan Litar Motorcross Sg. Batu Pahat, Kangar kepada Majlis Sukan Negeri Perlis pada 17 Mei lalu.

Menurut Hannah, projek naik taraf Kerajaan Persekutuan melalui KBS yang bernilai RM373,000 itu mengambil masa empat bulan untuk disiapkan. 

Beliau berkata, pada masa kini, Litar Motorcross Sg. Batu Pahat, Kangar akan diselenggara oleh Majlis Sukan Negeri Perlis.

“Saya berharap fasiliti ini dapat menjadi tempat untuk belia mengadakan aktiviti rekreasi. 

“KBS juga berharap agar Majlis Sukan Negeri Perlis dapat mengadakan kejohanan tempatan dan antarabangsa khusus untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang motorcross selain menggalakkan pelancong datang ke Perlis,” katanya.

Hannah menambah, kedua-dua projek Kerajaan Persekutuan itu selaras dengan hasrat Kerajaan Madani untuk memberi akses kepada fasiliti sukan dan memperkasakan pembangunan bakat belia.

Dua hari lalu, KBS mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.

Hannah berkata, sukan berbasikal dan renang sebagai contoh adalah antara yang menyinar termasuk di Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia, namun memerlukan bakat-bakat baharu untuk meneruskan kesinambungan itu.

“Semasa mesyuarat SUKMA (Sukan Malaysia), saya telah meminta semua Exco (Belia dan Sukan) negeri beri kepentingan sama rata kepada sukan untuk golongan wanita kerana jika Majlis Sukan Negeri masing-masing, mengabaikan ataupun tidak memberikan bajet kepada sukan untuk wanita, maka bakat akan dibazirkan.

“Saya berharap seluruh negeri akan tumpukan untuk pencarian jurulatih dan bagi program khas untuk acara terjun. Ia satu kerugian kalau kita berhenti setakat Pandalela dan Dhabitah (Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This