Presiden, Menteri Luar Iran disahkan maut selepas helikopter terhempas

Dari Penulis

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi disahkan meninggal dunia selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan, menurut laporan media dan sumber kerajaan negara itu. 

Memetik laporan Reuters, nahas tersebut turut mengorbankan Menteri Luar negara itu, Hossein Amir Abdollahian. 

Laporan itu memaklumkan, bangkai helikopter yang hangus selepas terhempas itu ditemukan selepas seharian misi mencari dan menyelamat diaktifkan dalam keadaan cuaca ribut. 

“Presiden Raisi, menteri luar dan semua penumpang dalam helikopter itu terbunuh dalam kemalangan berkenaan,” kata seorang pegawai kanan Iran yang meminta untuk tidak dinamakan kepada Reuters.

Baca artikel lain: Presiden Iran meninggal, satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam – Mohamad Hasan 

Namun begitu, kematian Presiden Iran itu kemudiannya disahkan dalam satu kenyataan oleh Naib Presiden, Mohsen Mansouri dalam media sosial dan saluran televisyen tempatan. 

Media tempatan melaporkan imej daripada lokasi kejadian menunjukkan helikopter tersebut terhempas berhampiran puncak gunung. 

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi berhubung punca sebenar nahas tersebut. 

Agensi berita IRNA melaporkan, Raisi menaiki helikopter jenis Bell 212 buatan Amerika Syarikat (AS). 

Pasukan penyelamat berhadapan misi sukar apabila terpaksa berhadapan cuaca buruk dan kawasan pergunungan yang curam untuk sampai ke lokasi kejadian. 

“Dengan penemuan lokasi kemalangan, tiada tanda-tanda mangsa terselamat telah dikesan,” kata Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Kolivand,” katanya. 

Raisi, 63, dipilih sebagai Presiden pada tahun 2021 telah lama dianggap sebagai pengganti kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This