Sambutan Hari Kebangsaan kekal di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SAMBUTAN Hari Kebangsaan tahun ini akan kekal dilangsungkan di Putrajaya, sama seperti tahun lalu.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pula akan disambut di Sabah dengan lokasi khusus ditentukan kemudian.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perincian mengenai tema dan logo Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia juga akan diumumkan dalam satu majlis kelak.

“Jemaah Menteri memutuskan mengenai sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia di Sabah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil GAMBAR: Abd Razak Aid

“Lokasi khusus akan diumumkan selepas mesyuarat pertama yang akan dipengerusikan bersama oleh saya dengan Datuk Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah) iaitu menteri yang dipertanggungjawabkan bagi pihak kerajaan negeri Sabah,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Baca artikel lain: Agong zahir sukacita, kagum dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Tahun lalu, sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilangsungkan di Putrajaya.

Sambutan tahun lalu itu merupakan kali kelima Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan dengan sebelumnya adalah pada tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan, Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah atas kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter kelmarin.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dimulakan dengan ucapan takziah di atas kematian Presiden Iran dan Perdana Menteri merakamkan ucapan sama.

“Ini adalah kemalangan cukup menyedihkan, malah Perdana Menteri menyatakan dua pertemuan dengan Presiden Iran sebelum ini jelas menunjukkan hubungan antara kedua-dua negara bertambah erat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This