Lebih 100,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEBIH 100,000 orang ramai telah hadir dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang diadakan di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Sambutan pertama kali anjuran Kerajaan Perpaduan itu turut memperlihatkan kehadiran pengunjung dari seluruh pelosok tanah air.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil berkata, ada pengunjung yang hadir sejauh Kedah semata-mata untuk melihat sendiri sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Sebahagian daripada orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama pelakon program Real Men Malaysia: Wira Merah selepas menyertai acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ di Dataran Putrajaya hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

Malah, kata beliau, terdapat orang awam yang telah mula berkumpul seawal selepas waktu Maghrib semalam kerana teruja untuk bersama-sama memeriahkan acara tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan sambutan tersebut.

“Kita baru selesai sambutan yang telah menyaksikan lebih 17,000 peserta dan dijangka tadi lebih 100,000 orang awam telah hadir menyaksikan perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan.

Sebahagian daripada kanak-kanak tidak melepaskan peluang membuat loreng dimuka ‘ala tentera’ pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ di Dataran Putrajaya hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

“Ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama kami dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan bertungkus-lumus sejak bulan Februari untuk menjayakan acara ini,” katanya dalam sidang media selepas sambutan itu, hari ini.

Fahmi turut menyifatkan sifat mesra rakyat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menyantuni rakyat selepas sambutan itu selesai sebagai kenangan terindah buat dirinya dan pengunjung.

“Semestinya sudah pasti yang kita tak akan lupakan ialah sewaktu Agong yang sepatutnya mengikut jadual berangkat pulang tetapi telah berkenan mencemar duli bertemu dengan rakyat.

Pasukan Tatu Tentera Darat menunjukkan aksi lagak ngeri pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ di Dataran Putrajaya hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

Baca artikel berkaitan: Hari Kebangsaan: Agong, Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum

“Itu kenangan paling indah buat diri saya dan ramai yang telah menyaksikan.

“Saya bersama pihak urusetia menjunjung kasih ke atas Seri Paduka baginda berdua kerana mencemar duli bertemu rakyat selepas acara rasmi tadi,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ di Dataran Putrajaya hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman serta mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.

Sementara itu, Fahmi mengajak seluruh rakyat Malaysia agar terus mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Kuching, Sarawak.

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ di Dataran Putrajaya hari ini. GAMBAR: Jabatan Penerangan

Bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, sambutan melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terdiri daripada Kontinjen Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

Ini merupakan kali kelima Dataran Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan. Dataran Putrajaya pernah menjadi tuan rumah pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This