Notis kepada Azmin: PN desak PDRM bersikap profesional, pelihara kemuliaan Dewan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap profesional dengan memelihara kemuliaan Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan notis dikeluarkan terhadap Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, notis PDRM terhadap Mohamed Azmin itu bertentangan dengan prinsip kekebalan dan perlindungan yang diberikan kepada seorang ahli DUN yang mengemukakan ucapan serta hujah dalam DUN.

Menurut Takiyuddin, notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah itu tercatat dengan jelas bahawa siasatan dilakukan berhubung ucapan Mohamed Azmin dalam DUN Selangor pada pukul 3.30 petang, 28 Februari lalu.

Malah, Takiyuddin berkata, difahamkan komunikasi antara PDRM dan Mohamed Azmin dalam proses penyampaian notis juga menyebutkan bahawa siasatan dilakukan berhubung perbahasan yang dibuat beliau dalam DUN Selangor.

“Oleh yang demikian, kenyataan susulan oleh Ketua Polis Selangor yang cuba menafikan bahawa siasatan yang ingin dilakukan adalah mengenai perkara dibangkitkan Mohamed Azmin dalam ucapannya dan kononya adalah berhubung pendedahan maklumat yang mengandungi fakta yang salah di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan adalah tidak berasas sama sekali dan cubaan menutup kesilapan.

“Ternyata ia adalah satu dalihan fikir kemudian setelah tindakan yang tidak demokratik tersebut menerima kritikan demi kritikan daripada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kenyataan Ketua Polis Selangor salah, Azmin fail permohonan semak notis – Peguam

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas menegaskan, walaupun fakta-fakta didedahkan Mohamed Azmin itu bersumberkan dokumen yang kononnya disifatkan sulit, sebagaimana mana-mana ahli Parlimen dan ADUN tetap mempunyai kekebalan dan perlindungan.

Jelasnya, ia terkandung di bawah Perkara 77 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 dibaca bersama Seksyen 2 dan 3 (Jadual).

Justeru, beliau berkata, PN mengulangi gesaan supaya notis tersebut ditarik balik serta-merta dan kerajaan MADANI perlu menghentikan sebarang bentuk tindakan yang tidak demokratik serta melanggar prinsip asas undang-undang.

“PN melahirkan kekesalan tentang cara isu ini dikendalikan pihak PDRM dan Kerajaan MADANI yang sanggup menggunakan apa sahaja helah demi helah bagi menutup ruang perdebatan isu-isu rakyat.

“Bahkan, jentera kerajaan telah digunakan sewenang-wenangnya untuk melakukan pertuduhan politik dan mewujudkan persepsi negatif terhadap ahli-ahli politik pembangkang, tanpa segan silu, bagi mempertahankan imej Kerajaan MADANI yang semakin hari semakin tercalar,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This