Siap siaga PRU mengejut bukan gimik politik – Azmin

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan yang kononnya mereka membuat gimik politik dengan mengarahkan jentera digerakkan segera bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya umum (PRU) mengejut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, arahan itu lebih kepada mahu memastikan jentera Bersatu bersama Perikatan Nasional (PN) sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

“Ini bukan gimik tapi persiapan … ini betul-betul. Saya beritahu setiap ketua bahagian dan rakyat siap sedia (untuk pilihan raya).

“Salah ke saya gesa ahli buat persiapan? Tidak salah…saya nak Bersatu solid dan mantap. Bubar sahaja (Parlimen) nanti, kita sudah sedia,” katanya seperti dilapor FMT, hari ini.

Baca artikel lain: Bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir selamat dikebumikan

Sebelum ini, pemimpin PKR mendakwa Bersatu sengaja mencetuskan gimik pilihan raya mengejut untuk memberikan harapan palsu kepada penyokongnya bahawa PN masih relevan untuk menjadi kerajaan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, parti itu sedia berdepan PRU sebelum penggal kerajaan tamat pada 2027, namun tidak menjangkakannya seawal tahun ini.

Jumaat lepas, Mohamed Azmin yang juga Setiausaha Agung PN berkata, pada mesyuarat pimpinan parti, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan jentera digerakkan segera bagi menghadapi kemungkinan PRU mengejut hujung tahun ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This