CERMIN MATA HITAM Mesti Ada!

Dari Penulis

Pentingnya cermin mata hitam tidak kira bentuk, pilihan warna dan stail, ia menonjolkan personaliti seseorang. Menyarungkan kaca mata hitam dengan gaya santai pun sudah mampu memikat apatah lagi bila anda tampil lengkap berfesyen.

Tip Suai Padan Cermin Mata Hitam

1. Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.

2. Muka Panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu.

3. Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.

4. Untuk wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.

5. Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.

6. Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This