Keadaan Siti Nurul Masyitah akan terus dipantau

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) terus memantau keadaan dan perkembangan atlet kayak kebangsaan Siti Nurul Masyitah Elias, 22, yang parah akibat kemalangan selain akan memastikan atlet itu segera sembuh.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata KBS juga sedang menunggu laporan penuh doktor untuk tindakan lanjut selain berusaha memastikan kebajikannya sentiasa diberi perhatian.

“Timbalan Menteri KBS Adam Adli Abd Halim bersama Majlis Sukan Negara (MSN) telah pun melawat beliau dan kita dimaklumkan Siti Nurul Masyitah yang sebelum ini selamat menjalani tiga pembedahan, perlu menjalani beberapa pembedahan lain.

“KBS amat memandang serius kebajikan semua atlet termasuk mereka yang sedang menjalani proses pemulihan… tidak kira siapa termasuk Faisal Halim (pemain bola kebangsaan), mereka memerlukan masa jadi kita tidak boleh tergesa-gesa,” katanya.

Baca artikel lain: Penyelia kilang mabuk mengaku tak bersalah langgar atlet kayak

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat kebangsaan di Dataran Pahlawan Banda Hilir, Melaka hari ini.

Sambutan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sebelum ini media melaporkan Siti Nurul Masyitah mengalami retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) baru-baru ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This