PERDASAMA mohon kerajaan pertimbang terus beri bantuan, subsidi pada PMKS

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSATUAN Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) memohon kerajaan terus menyalurkan bantuan dan subsidi kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar lebih banyak usahawan dapat berdiri serta meneruskan perniagaan masing-masing.

Presiden PERDASAMA, Mohd Azamanizam Baharon dalam kenyataan berharap, penyaluran bantuan dan subsidi kepada PMKS itu disalurkan melalui badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung kepada perusahaan itu.

Menurut Mohd Azamanizam, PERDASAMA menyokong sebarang langkah memperbaiki urus tadbir dan tatakelola kerajaan termasuk pengumuman menyelaraskan pemberian subsidi diesel seperti diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Jelasnya, peruntukan yang disalurkan kepada bantuan dan subsidi boleh diagihkan semula kepada sektor-sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan, luar bandar, keselamatan, kecemasan dan pertahanan.

Namun begitu, Mohd Azamanizam berkata, dalam menelusuri keputusan dibuat kerajaan itu, PERDASAMA mendapati bahawa sektor PMKS juga memerlukan perhatian kerajaan.

Baca artikel lain: Demi kesan lebih mampan, PERDASAMA sambut baik penjajaran semula 3 agensi Bumiputera

“Bantuan dan subsidi boleh jadi antaranya dalam bentuk pembiayaan modal atau pewujudan pusat-pusat PMKS makanan seluruh negara yang secara tidak langsung dapat merancakkan aktiviti-aktiviti perkilangan kecil dalam negara.

“Dalam Majlis Tiga Agensi Mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi baru-baru ini, PERDASAMA telah mengeluarkan kenyataan yang berharap supaya agensi TERAJU terus memainkan peranan sebagai pelengkap dan pemudah cara dalam membantu peniaga bumiputera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azamanizam berkata, skim bantuan atau geran juga wajar diteruskan terutama kepada syarikat bumiputera yang mempunyai merit dan berkelayakan tinggi.

Katanya, skim bantuan itu boleh diberikan kepada perniagaan bumiputera dalam sektor rantaian nilai tinggi dan aktiviti ekonomi nilai tambah serta perniagaan berasaskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“PERDASAMA bersedia membantu Kerajaan MADANI dalam memperkasa PMKS melalui Akademi Keusahawanan PERDASAMA (AKeP) yang merupakan sebuah platform strategik dalam menyediakan latihan, bimbingan dan pemantapan perniagaan bagi memacu agenda The Greater Bumiputera,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This