Thailand balas dendam terhadap Malaysia, muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Dari Penulis

SELEPAS dimalukan oleh pasukan tuan rumah dalam acara double dan regu, Thailand akhirnya menyekat penguasaan Malaysia dalam acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dalam perlawanan akhir hari ini.

Thailand muncul juara acara berpasukan hari ini selepas menewaskan Malaysia 2-1 bagi memastikan pasukan negara jiran itu mengekalkan gelaran juara dunia berpasukan yang diraih dalam Piala Dunia Sepak Takraw edisi 2022.

Malaysia memperoleh mata pertama melalui regu pertama yang terdiri daripada gandingan
Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias yang menewaskan gandingan Siriwat Sakha sebagai tekong dengan Poramet Sirismat (feeder) dan Varayut Jantarasena (striker).

Dalam permainan tersebut, Thailand menang set pertama dengan keputusan 15-9, manakala Malaysia berjaya mencatat kemenangan pada set kedua dengan mata 15-11.

Set penentuan menyaksikan Thailand pada awalnya mendahului pada kedudukan 9-5. Regu negara kemudiannya berjaya mengejar sebelum mengikat kedudukan 10-10.

Meskipun kedua-dua regu terus bersaing sengit mendapatkan mata, mata pertama menjadi milik Malaysia dengan kemenangan set ketiga menerusi keputusan 15-13 .

Untuk regu kedua pula, Malaysia menurunkan gandingan Noraizat Nordin, Amirul Zazwan Amir dan Haziq Hairul Nizam sebagai regu kedua. Sementara Thailand pula membawa masuk Kritsanapong Nontakote, Wichan Temkort dan Pichet Pansan.

Regu kedua Thailand kelihatan terlalu ampuh dan sukar ditandingi oleh regu negara. Ini membolehkan mereka mengikat kedudukan 1-1 dengan kemenangan 15-8, 15-5.

Malaysia kemudiannya menurunkan Aidil Aiman Zawawi, Zuhri Zain dan Baihakki A’ripin bagi permainan penentuan. Manakala Thailand pula menurunkan Pornthep Timbangbon, Marukin Phanmakon dan Tanaphong Sapyen.

Melihat Malaysia ketinggalan pada kedudukan 8-10 pada set pertama, Ahmad Jais memasukkan Shahalril Aiman dan Zarif Marican Ibrahim Marican untuk menukar momentum.

Perubahan itu tidak menghalang Thailand untuk meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 15-12. Meskipun diberi tentangan oleh regu negara, Thailand kekal fokus dan menguasai set kedua menerusi keputusan 15-12.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This