HASRAT pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia yang cuba mencatat rekod peribadi dengan menjuarai kejohanan di gelanggang sendiri terhalang apabila tewas kepada pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen pada aksi final Malaysia Masters 2024 sebentar tadi.
Zii Jia yang baru sahaja menjuarai kejohanan Terbuka Thailand minggu lalu kelihatan tidak mampu menyaingi kehebatan Axelsen kerana faktor kecergasan tetapi masih memberikan tentangan yang baik terutama dalam set kedua dan penentuan.
Pemain kelahiran Kedah itu Jia yang kecundang 6-21 pada set pertama cuba untuk bangkit pada permainan berikutnya dengan mencatat kemenangan 22-20 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.
Bagaimanapun momentum positif tersebut gagal diteruskan apabila Zii Jia terpaksa akur dengan kehebatan pemain nombor satu dunia itu setelah tewas 13-21 dalam tempoh 63 minit permainan.
“Saya melalui 10 perlawanan dalam tempoh dua minggu. Terbuka Thailand minggu lalu dan Malaysia Masters.
“Banyak saya belajar dari dua kejohanan ini. Lawan seorang pemain yang berpengalaman, saya belum berpuas hati dengan corak permainan, namun saya berada di landasan terbaik untuk menuju Sukan Olimpik Paris Julai depan,” katanya ketika ditemui media sejurus tamat permainan.
Kemenangan itu juga membolehkan Axelsen meraih gelaran pertama pada tahun ini.

Sebelum itu, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih kegembiraan berganda, apabila meraih gelaran kejohanan Masters Malaysia 2024 hari ini.
Pasangan suami isteri di kedudukan ranking ke-18 dunia itu, meraih hadiah perkahwinan seperti diidamkan untuk muncul juara dengan menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.
Kejayaan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei, menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia
Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara Master Malaysia ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

