Zarina Zainuddin syukur anak dapat keputusan SPM 6A – “Ibu tak pandai biarlah anak pandai”

Dari Penulis

ANAK lelaki kepada pelakon Zarina Zainuddin, Muhammad Adam Azrai berjaya mencatatkan keputusan cemerlang iaitu 6A menerusi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Zarina atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd Zainuddin,54, gembira dan bersyukur saat berkongsi keputusan peperiksaan anaknya itu.

“Alhamdulillah, Adam dah dapat keputusan SPM…dapat 6A 2B+.

“Syukur. Sebagai seorang ibu, itu pun saya bersyukur sangat. Ibu tak pandai biarlah anak pandai.

“Semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya. Amin,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

Seramai 395,870 calon SPM 2023 menerima keputusan yang diumumkan pagi tadi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This