Calon SPM tular redah banjir berada dalam keadaan selamat

Dari Penulis

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengesahkan isu tular seorang pelajar yang terpaksa berenang meredah banjir untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Menurut jabatan itu, siasatan mendapati laluan keluar dari rumah pelajar tersebut dinaiki air dengan sangat cepat menyebabkan mangsa terpaksa meredah air sebelum sempat dibawa ke asrama sekolah pada Sabtu lalu.

“JPN Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama sekolah-sekolah menengah berasrama di sekitar daerah Lipis telah menyediakan pelan kontigensi awal dengan mengenal pasti bilangan pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir.

“Kemudahan asrama juga disediakan kepada semua pelajar yang berada di kawasan tersebut walaupun mereka tidak tinggal di asrama,” jelasnya dalam kenyataan.

JPN Pahang memberitahu, langkah tersebut diambil dengan tujuan memastikan semua calon dapat menduduki peperiksaan SPM tanpa sebarang kesulitan.

Pelajar tersebut katanya, ditempatkan di asrama SMK Kuala Lanar dan beliau berada dalam keadaan selamat serta bersedia untuk menduduki peperiksaan bersama-sama calon lain.

“Pihak PPD dan sekolah-sekolah sentiasa memantau serta memastikan keperluan dan keselamatan calon untuk menduduki peperiksaan dengan sejahtera menjadi eutamaan pada musim tengkujuh ini.

“JPN Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, PPD, pasukan keselamatan serta semua pihak yang memastikan perjalanan peperiksaan SPM dapat diteruskan dengan lancar demi kepentingan calon,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This