Ali Rustam dilantik sebagai YDP Melaka bagi penggal kedua

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.

Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Ketua Menteri Melaka Datuk Rauf Yusoh serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum.

Mohd Ali, 75, sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 bagi menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob.

Beliau akan menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi tempoh empat tahun.

Mohd Ali yan berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Batu Berendam sejak 1995 hingga 1999 dan Ketua Menteri Melaka Kesembilan dari 1999 hingga 2013.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This