Chef Wan mohon maaf tiada niat hina agama lain, sekadar gurauan beri pendapat mengenai gaun Aishwarya Rai

Dari Penulis

CEF selebriti, Datuk Redzuawan tidak menyangka komen berbaur guraunnya mengenai gaun yang dipakai oleh bintang Bollywood, Aishwarya Rai mengundang salah faham orang ramai.

Redzuawan atau Chef Wan,66, berkata ,dia tidak berniat mencetuskan kekecohan dan mempermainkan agama Hindu menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Namaste Bollywood, baru-baru ini.

“Bukan niat saya untuk bersikap perkauman atau burukkan agama Hindu.

“Sebagai seorang chef televisyen, saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia.

“Saya ambil kesempatan ini untuk membuat permohonan maaf kepada semua penganut agama Hindu kerana memuat naik kenyataan demikian. Saya minta maaf,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya.

Pada masa sama, Chef Wan memberitahu, tindakannya meninggalkan komen sedemikian sebagai memberi respon kepada kapsyen yang bertanyakan mengenai pandangan netizen terhadap gaun yang digayakan oleh Aishwarya.

“Fikiran saya serta-merta memikirkan material yang digunakan pereka sering dilihat di perayaan Thaipusam kavadi yang diraikan di Batu Caves.

“Sebab ramai juga pengikut saya komen di situ nampak macam bulu burung merak. Saya menganggap burung merak itu cantik. Saya tak berniat langsung untuk menghina agama lain.

“Saya hanya berjenaka dan bercakap jujur namun komen saya disalah tafsir sampai polis pun terpaksa siasat kerana ada yang buat laporan!,” tulisnya.

Kesan daripada isu tersebut, Che Wan akui menerima banyak kecaman yang berang dengan perbuatannya.

“Saya tak tahu sama ada nak ketawa atau menangis. Sejujurnya, saya rasa rakyat Malaysia sekarang begitu sensitif dalam banyak perkara.

“Saya percaya kebenaran dan niat jujur kita, Allah mengetahuinya dengan baik. Tak perlu takut jika kita tidak buat kesalahan.

“Tapi jika benar saya telah lakukan kesalahan, kita harus dengan jujur minta maaf secara terbuka,” ujarnya.

Terdahulu, polis mengesahkan Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan Aishwarya.

Chef Wan sebelum ini secara berseloroh menyatakan gaun yang dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai seperti membawa kavadi di upacara Thaipusam di Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This