IBU kepada Chef Wan iaitu Noraini Abdullah telah meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi, hari ini akibat kanser payudara dan beberapa komplikasi penyakit lain.
Berita duka itu dikongsi oleh Che Wan atau Datuk Redzuan Ismail menerusi perkongsian di Instagram.
“Dengan penuh hiba, ibu tercinta saya telah meningal dunia pada pukul 6.20 pagi dalam tidur hi Hospital Gleneagles.
“Semoga rohnya dirahmati dan diampunkan segala dosa-dosa arwah serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman nanti,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan kesal adik-beradik tuding jari bila diminta luang masa dengan ibu
Selain kanser, arwah yang lebih dikenali sebagai Cik Ani turut menghidap dimensia dan Alzheimer.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.

