De.Wan 1958 saji bufet Ramadan dengan hidangan tradisi mengimbas nostalgia bertemakan ‘A Festive of Unity’

Dari Penulis

Tidak sampai sebulan lagi, Ramadan bakal menjelma. Bagi yang mula mencari lokasi untuk berbuka nanti, restoran De.Wan 1958 wajib anda masukkan dalam senarai terutama bagi penggemar hidangan tradisi Melayu.

Sempena Ramadan nanti, rangkaian restoran yang diasaskan Datuk Chef Wan ini menawarkan bufet dengan tema ‘A Festive of Unity’ yang menekankan kebersamaan, nostalgia zaman kanak-kanak dengan pelbagai hidangan resepi-resipi lama yang semakin dilupakan.

“Bufet ini bukan saja mengimbau semula kenangan zaman kita kecil dahulu, tetapi ia juga berfungsi sebagai medium penyatuan pelbagai budaya, bangsa dan negara dengan mempamerkan kekuatan makanan dalam merapatkan hubungan semasa musim Ramadan,” ucap Chef Wan.

Mengulas tentang keistimewaan hidangan untuk bufet Ramadan tahun ini, Chef Rizwan yang juga merupakan Chef Eksekutif Sous berkata, pihaknya sentiasa menekankan keistimewaan dalam hidangan yang disediakan agar pelanggan mendapat kepuasan.

“Setiap tahun, kami berusaha untuk berinovasi sambil memberikan pengalaman kuliner yang unik. Ini bukan sekadar makan malam, ia adalah satu perayaan rasa dan kenangan yang hanya berlaku sekali setahun,” ujar Chef Riz.

Bufet Ramadan di rangkaian restoran De.Wan 1958 menawarkan lebih 180 jenis hidangan. Menu bufet ini menggabungkan rasa tradisional yang nostalgik dengan ciptaan inovatif, merangkumi inti pati warisan kuliner Malaysia yang kaya.

Antara hidangan utama seperti Cik Mek Molek Live Station yang menyajikan hidangan Melayu klasik seperti Nasi Dagang dan Nasi Kerabu di atas daun pisang. Tambah menarik, ia dihidangkan oleh pelayan yang memakai pakaian tradisional.

Juga pelbagai pilihan gulai seperti gulai itik, ayam dan daging. Bagi penggemar makanan laut, Seafood Lautan Samudra adalah syurga anda yang menampilkan udang harimau, tiram, latok dan banyak lagi, dengan gandingan bersama hampir 20 jenis sambal.

Hidangan lain seperti Murtabak Bugis dan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisional Melayu, termasuk aneka kuih muih klasik dan bubur, juga Cendol Gula Endau yang disajikan secara langsung.

Bufet Ramadan De.Wan 1958 akan bermula dari 5 Mac sehingga 29 Mac 2024 di semua cawangan – The Linc, Bangsar Shopping Center dan Bangi Resort Hotel.

Harga bermula dari RM65 sehingga RM195, dengan promosi pra-tempahan juga sudah bermula.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh lawati https://dewan.space./

https://www.tiktok.com/@majalahsaji/video/7467069151123705096?_r=1&_t=ZS-8tdUJuykeDy

___

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This