Wanita bersama anak cedera ditimpa dahan pokok

Dari Penulis

DUA pembonceng motosikal cedera selepas ditimpa sebatang dahan pokok di Jalan Seremban-Kuala Pilah, 3.15 petang semalam.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/5904

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal Yamaha Lagenda ditunggangi seorang lelaki bersama isteri masing-masing berusia 25 tahun dan dua anak perempuan berusia 6 dan 3 tahun dari arah Kuala Pilah ke Seremban.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba sebatang dahan pokok patah lalu menyebabkan pembonceng bersama anak berusia 3 tahun jatuh di atas jalan.

“Akibat kemalangan, mangsa mengalami cedera ringan dan telah menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes diklasifikasi sebagai ‘Rujuk Kepada Majistret (RKM)’ dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Hatta berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu sewaktu cuaca tidak baik dan angin kencang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Sudesh Kumar di talian 0164830853.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This