MyRide tawar perkhidmatan e-hailing kosong peratus komisen daripada pemandu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MYRIDE hari ini secara rasmi memasuki pasaran perkhidmatan e-hailing dengan sasaran membantu pemandu mendapatkan pendapatan lebih baik.

Berbanding menggunakan kaedah komisen pada setiap perjalanan, syarikat tempatan ini menggunakan kaedah langganan.

Melalui kaedah ini, setiap pemandu yang menggunakan aplikasi MyRide hanya dikenakan caj langganan antaranya RM10 untuk dua hari perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azleen Othman berkata, caj langganan adalah perkara yang membezakan MyRide dengan perkhidmatan e-hailing lain.

Jelasnya, terdapat empat pakej langganan yang ditawarkan oleh MyRide dan rata-rata ia kini ditawarkan pada harga promosi.

Melaluinya jelas beliau, ia memberi kesempatan kepada pemandu menjana pendapatan lebih mengikut kemampuan mereka.

“(MyRide) bermula dari pemandu sendiri atas pengalaman mereka, berdepan dengan situasi komisen, jadi kami tengok langganan ini bagus.

Ketua Pegawai Eksekutif MyRide, Azleen Othman

“Kita dengar pemandu kerja sampai 14 jam, penat kerja untuk bayar komisen kemudian dapat sikit, tak dapat bayar alat ganti kereta pun.

“(Konsep langganan) bolehkan pemandu nak betulkan kereta, nak sara anak…sedih dengar keluhan daripada pemandu,” katanya ketika ditemui UtusanTV, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MyRide hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Ehailing FM, Datuk Muhamad Rahmat Mahmud.

Setakat ini sudah terdapat lebih 1,000 pemandu e-hailing menggunakan perkhidmatan MyRide.

Harga lantai bagi perkhidmatan MyRide adalah RM7, dengan caj RM1.25 sekilometer dikenakan, selain upah mengambil serendah 80 sen sekilometer.

Bagaimanapun, harga berkenaan hanya akan berkuat kuasa pada 1 September depan.

Pengerusi Ehailing FM, Datuk Muhamad Rahmat Mahmud bersama Ketua Pegawai Eksekutif MyRide, Azleen Othman pada Majlis Pelancaran MyRide di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Meskipun begitu, Azleen menegaskan, MyRide sama sekali tidak akan membebankan pelanggan dengan menawarkan caj berpatutan.

Ujarnya, sejak pra pelancaran pada 15 April lalu, sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan berpotensi untuk berkembang maju.

MyRide menyasarkan pendaftaran antara 5,000 ke 10,000 pemandu dalam jangka masa enam bulan dari sekarang.

“Sebaik mungkin kita akan letak harga yang rendah (kepada pelanggan) harap ada harga menang-menang untuk pemandu dan juga penumpang.

“Kita kena fikir juga pelanggan, saya juga adalah pelanggan, anak saya pun selalu naik,” katanya lagi.

Buat masa ini MyRide hanya menerima bayaran secara tunai dan pada masa hadapan mereka bakal menjalinkan kerjasama dengan syarikat gergasi e-wallet negara.

Kepada mereka yang berminat boleh melayari laman sosial MyRide atau laman web www.myrideasia.com, [email protected] dan menghubungi terus di talian 03-7886 0254.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This