Bekas kekasih dedah perangai sebenar pempengaruh terkenal dengan konten Tebuk Quran

Dari Penulis

SEBELUM ini, media sosial hangat dengan kisah kontroversi gangguan seksual yang melibatkan seorang pempengaruh terkenal dengan konten Tebuk Quran.

Namun, perkara tersebut tidak berakhir di situ apabila seorang wanita mendakwa sebagai bekas kekasihnya muncul mendedahkan bahawa terdapat isu yang perlu diselesaikan di antara mereka.

Wanita tersebut dikenali sebagai Atyka atau nama penuhnya Nur Atyka Jalil, 24, menyatakan bahawa dia telah cuba berbincang secara peribadi untuk menyelesaikan konflik tersebut tetapi nombor telefon bimbitnya telah disekat.

Baginya, perkara ini perlu diperjelaskan dan tidak sepatutnya dinafikan dengan mudah.

“Kalau ikutkan hati saya tidak mahu keruhkan keadaan, sebelum saya muat naik memang ada berbincang dengan dia untuk berjumpa tapi kena sekat.

“Saya tak burukkan, tapi tidak ingin dia nafikan sebab ada hal lain antara saya dengan dia. Saya nak ajak dia jumpa pun sebab nak selesaikan isu ini. Saya nak dia berjumpa dengan saya, itu sahaja,” ujarnya menerusi temubual bersama Mstar.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu bahawa status hubungannya bersama pempengaruh tersebut telah berakhir namun sepanjang perkenalan dia tidak pernah berjumpa dengan keluarganya lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan ibu pempengaruh itu disifatkan keterlaluan dan melampaui batas kerana berkata buruk tentang keturunannya.

“Kami masih tidak berbaik, saya dihina tapi dikatakan buka aib, itu tidak adil. Sepanjang saya kenal dengan dia saya tak pernah berhubung dengan keluarga dia dan kenal dengan keluarga dia. Saya pernah bertanya dengan dia, bila awak nak bawa berkenalan dengan keluarga awak dan dia cakap nanti dahulu.

“Saya dengan mak dia tidak pernah kenal, mak dia jumpa keluarga saya pun semasa merisik. Saya tiada niat untuk buka isu ini, kalau boleh nak selesaikan dengan baik dan tidak mahu reputasinya menurun.

“Saya tak nak berdendam tapi mak dia cakap tentang keturunan. Kalau mak dia nak tahu apa yang terjadi, berdepan dengan saya. Saya tak takut kena saman, saya pun boleh saman dia juga. Sebab saya ada banyak bukti, bukan saya sahaja tapi ada banyak lagi wanita yang dia aniaya.

“Makcik saya minta maaf, tapi cara itu cukup kurang ajar dan perlu sedar diri. Bukan saya seorang sahaja yang cakap, mungkin dibelakang saya dan ramai lagi. Harap makcik sedar dan ubah, kita manusia dan Islam perlu ada adab,” ujarnya lagi.

Di samping itu, dia turut memohon agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera serta berharap agar pempengaruh itu belajar daripada kesilapan dan tidak menganiaya wanita lain di luar sana.

“Selama ini saya dipijak, cakap macam ini dan itu. Tapi ini sudah melibatkan maruah, jadi saya kena perjuangkan.

“Saya memang nak berjumpa selesaikan masalah ini dengan cepat, kalau lagi lama berdiam saya tak tahu, apa akan terjadi. Mungkin hari in, saya bersuara tapi tidak tahu selepas ini siapa?. Jadi tolong jangan aniaya perempuan diluar sana lagi,” jelasnya.

Terdahulu, Aytka telah memuat naik sijil kursus kahwin bersama pempengaruh tersebut sebagai bukti mereka pernah menjalinkan hubungan percintaan.

Disamping itu, dia turut berkongsi paparan tangkap layar yang dihantar oleh ibu lelaki berkenaan yang mengulas mengenainya.

Difahamkan, Atyka juga merupakan seorang pelakon baharu yang membintangi sebuah siri drama televisyen yang bertajuk Epilog 3 Naga sebagai watak Sazlina.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hujan bukti kuasa indie, konsert ulang tahun ke-20 raih pengiktirafan MBOR

INDUSTRI muzik tanah air melakar satu lagi detik gemilang apabila kumpulan rock indie tersohor, Hujan, secara rasmi diiktiraf oleh...

More Articles Like This