Lotus Elise milik pempengaruh musnah sepenuhnya terbakar  di Jalan Kucing-Serian 

Dari Penulis

SEBUAH kereta jenis Lotus Elise milik seorang pempengaruh musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Kuching – Serian berhampiran lampu isyarat Batu 12, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.46 petang. 

Susulan itu, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian. 

Menurutnya sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan Lotus Elise yang terbakar seratus peratus. 

Kebakaran itu dilaporkan berjaya dikawal sepenuhnya dalam operasi pemadaman yang berakhir pada jam 6.30 petang. 

Katanya lagi, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian terbabit. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This