Papan iklan terbakar, polis sahkan tiga pekerja penyelenggaraan cedera

Dari Penulis

POLIS mengesahkan tiga pekerja penyelenggaraan cedera dalam kejadian kebakaran papan iklan media elektronik di Lebuhraya Persekutuan dekat Jalan Gasing, Seksyen 10, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 1.14 petang.

Beliau berkata, siasatan mendapati kebakaran berlaku ketika sembilan orang pekerja warga asing sedang menjalankan kerja penyelenggaraan ke atas papan iklan tersebut.

“Sebanyak empat buah ambulans dan jentera bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

“Kesemua mangsa berusia 24 hingga 40 tahun yang cedera telah dirujuk kep Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiga mangsa telah ditahan di wad untuk rawatan lanjut manakala enam lagi telah dibenarkan pulang.

Katanya, sebuah motosikal milik pekerja turut terbakar dalam kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan bomba.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This