EMPAT wakil negara dalam acara persorangan dan beregu gagal meneruskan langkah mereka ke perlawanan separuh akhir selepas masing-masing tewas dalam perlawanan suku akhir Terbuka Singapura 2024 hari ini.
Bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mengatasi cabaran Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen selepas tewas 10-21, 14-21.
Manakala, beregu lelaki negara yang sedang meningkat naik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga tidak dapat melepasi pasangan China, He Jiting-Ren Xiangyu apabila tewas 16-21, 21-9, 17-21 pada perlawanan sebelumnya.
Seorang lagi wakil negara, pemain perseorangan lelaki Leong Jun Hao tidak mampu memberi cabaran kepada pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark apabila tewas straight set 21-12,21-11 dalam masa 41 minit permainan.
Bagaimanapun, Jun Hao berjaya membuat kejutan semalam apabila menewaskan pemain nombor tujuh dunia, Anthony Ginting dari Indonesia pada pusingan kedua untuk layak ke suku akhir.
Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut menamatkan cabaran di Singapura selepas tewas kepada pemain, Korea Selatan Seo Seung-jae-Chae Yu-jung 14-21, 18-21 lebih awal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

