Untung bersih suku pertama TNB susut RM28.6 peratus

Dari Penulis

TENAGA Nasional Bhd (TNB) mencatatkan keuntungan bersih RM715.70 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, susut 28.6 peratus daripada RM1 bilion yang dicatat setahun lepas, disebabkan terutamanya oleh kerugian terjemahan pertukaran asing dan perbelanjaan cukai yang diiktiraf bagi suku itu.

Hasil, bagaimanapun meningkat kepada RM13.64 bilion daripada RM12.63 bilion sebelum itu, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.

“Lonjakan permintaan sebanyak 9.9 peratus didorong terutamanya oleh sektor komersial dan domestik,” kata syarikat utiliti elektrik itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata hasil yang lebih kukuh itu konsisten dengan pengembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 4.2 peratus.

Melangkah ke hadapan, TNB berkata ia menjangkakan prestasi yang stabil pada tahun ini berikutan ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat hingga lima peratus.

Ia kekal berhati-hati dalam mengharungi cabaran akan datang sambil mengambil pendekatan berhemah untuk memastikan ia kekal berdaya tahan.

“Kumpulan juga komited untuk memainkan peranan penting dalam menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional sambil mengejar pertumbuhan perniagaan,” katanya.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This