4 kementerian bincang strategi, pelan pelaksanaan rangkaian kedua 5G – Fahmi

Dari Penulis

PERBINCANGAN menyeluruh antara empat kementerian utama dilaksanakan bagi merangka strategi serta pelan tindakan dalam pelaksanaan rangkaian kedua 5G (Dual Network), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perbincangan berlangsung petang tadi membabitkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Katanya, perbincangan tertumpu kepada fungsi serta peranan keempat-empat kementerian utama itu dalam menjayakan pelaksanaan rangkaian itu.

“Kerajaan komited untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G serta akan memastikan x,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Selain Fahmi, perbincangan itu disertai Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This