POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak didera oleh pengasuh di sebuah tadika dekat Bandar Mahkota Cheras, Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan telah dibuat oleh bapa mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun pada 7.36 malam, Rabu lalu.
Beliau berkata, pengadu menyatakan pada pukul 7.30 malam hari Selasa telah mengambil anak berusia setahun lima bulan di pusat tadika tersebut.
Katanya, pengadu telah dimaklumkan oleh guru bahawa anaknya telah diperlakukan dengan kasar oleh seorang guru lain di tadika tersebut.
“Ketika disuap makan, mangsa telah ditarik rambut serta dipicit hidung sehingga mengakibatkan hidung anak mangsa mengalami kecederaan.
“Oleh sebab tidak puas hati akan layanan tersebut, pengadu telah memberhentikan anaknya daripada dihantar ke tadika tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas pengadu di hospital telah disahkan mengalami kecederaan tisu lembut.
Siasatan juga mendapati tadika telah beroperasi hampir tiga bulan dan disyaki belum mempunyai lesen pengoperasian yang sah.
“Terdapat sembilan kanak-kanak yang dijaga di tadika tersebut bersama tiga orang penjaga yang juga merangkap sebagai guru,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan pengasuh telah dipanggi untuk memberi keterangan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Muaz Mazlan di talian 017-9788804.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

