Rombongan haji Thailand mahu belajar cara pengurusan haji Malaysia

Dari Penulis

KEJAYAAN demi kejayaan yang dilakar Lembaga Tabung Haji (TH) dalam mengelola dan mengurus jemaah haji Malaysia sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi menarik minat pihak pengurusan jemaah haji Thailand untuk mempelajarinya.

Ketua Rombongan Haji Thailand yang juga Ketua Majlis Agama Yala, Abdul Baziz Chema, berkata Malaysia disifatkan sebagai ‘abang’ khususnya dalam kalangan umat Islam di Selatan Thailand kerana mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan jemaah haji yang harus dicontohi negara itu.

“TH adalah kejayaan umat Islam di Malaysia dan menjadi kewajipan kepada kami untuk mempelajarinya. Saya sangat yakin dengan menimba pengetahuan daripada TH, insya-Allah kita akan dapat menandingi perkara berkaitan pengurusan jemaah haji suatu hari nanti,” katanya.

Baca artikel lain: Skuad takraw terima insentif RM170,000 daripada MSN – Hannah

Beliau berkata demikian kepada petugas media selepas mengadakan kunjungan kepada pihak pengurusan TH di Ibu Pejabat TH dengan turut disertai 15 orang termasuk dari bahagian Central Islamic Counsel, Pejabat Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri Thailand.

Antara perkara yang ingin dipelajari termasuk sistem tabungan TH, aspek pengurusan jemaah dan lain-lain hal yang berkaitan.

Thailand, katanya, tidak mempunyai satu badan khusus yang mengawal selia segala urusan jemaah haji sebaliknya perkara yang berkaitan diuruskan 88 agensi pelancongan dengan kos untuk mengerjakan haji sekitar RM40,000 tanpa sebarang subsidi.

Hal itu menyebabkan hanya 7,000 daripada 11,000 kuota yang diperuntukkan untuk umat Islam di negara itu dipenuhi.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H-2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kunjungan pihak pengurusan haji Thailand berkenaan membolehkan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan dalam soal pengurusan haji.

“Kita lihat ada ruang dan peluang untuk kita adakan kerjasama dan tukar pengalaman serta pandangan tentang urusan haji setiap negara supaya dapat dipertingkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan serta kemudahan yang boleh diberikan kepada jemaah haji negara masing-masing.

“Sudah tentu setiap negara mempunyai kelebihan yang boleh dipelajari dan itu yang dijadikan semangat dalam perjumpaan itu,” katanya.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This