Novel Abnormal Buas beri bayangan lebih komprehensif – Aeril Zafrel

Dari Penulis

FILEM Abnormal Buas yang akan ditayangkan pada 20 Jun ini membuka tirai melalui pelancaran novel adaptasinya di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Novel dengan judul yang sama, ditulis oleh Shahriman Wahap, Nadzri Kamsin, dan Syamzaly Musa serta diterbitkan oleh Karya Publika Sdn Bhd, bertujuan memberikan para pembaca pengalaman debaran dan kegelisahan dengan berkonsepkan ‘thriller’.

Menurut pelakon dan juga penerbit filem, Aeril Zafrel berkata, novel ini dihasilkan dengan penuh kepadatan dan alur cerita sempurna berbanding dalam filem sebernar.

Malah, novel ini dikeluarkan lebih awal sebelum tayangan filem berlangsung bagi memudahkan pembaca memahami jalan cerita secara menyeluruh dengan penuh makna.

“Novel ini diterbitkan disebabkan cerita yang begitu kaya dan mendalam, sehingga tidak dapat dimuatkan sepenuhnya dalam format filem. Dengan menerbitkan novel terlebih dahulu, pembaca dapat menyelami perjalanan cerita secara lebih terperinci dan komprehensif.

“Malah, walaupun tanpa mengikuti keseluruhan trilogi, mereka yang menonton filem ini pun akan tetap dapat memahami alur dan makna ceritanya dengan baik. Ini menunjukkan betapa hebat dan lengkapnya penceritaan dalam novel ini.

“Sebenarnya, menggambarkan keseluruhan cerita dari novel dalam bentuk filem pun mungkin tidak mencukupi. Novel ini seolah-olah menjadi tambahan yang memperkaya pemahaman penonton terhadap dunia cerita yang begitu mendalam. Bagi mereka yang membaca novel ini, pasti akan dapat menyelami dan memahami cerita ini dengan lebih menyeluruh dan bermakna,” ujarnya kepadd URTV ketika ditemui di majlis ‘Soft Launching’ Novel dan Filem Abnormal.

Tambahnya lagi, filem ini akan menyelitkan elemen fiksyen sebagai suntikan kreativiti dengan mengisahkan manusia yang memiliki sifat kebinatangan.

Walau bagaimanapun, dalam menghormati sensitiviti yang ada, gambaran ini tidak akan menggunakan latarbelakang di negara Malaysia. Sebaliknya, ia mencipta keunikan dengan mewujudkan negara yang berbeza.

“Filem ini tidak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yang berbeza. Bandar dan watak yang diketengahkan juga bukan dari Malaysia, memandangkan cerita ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin dikenakan tapisan sekiranya ia berlatar di negara kita.

“Oleh itu, untuk memberikan kebebasan kreatif, kami mencipta satu negara yang berbeza sebagai latar belakang. Apa yang menarik mengenai novel dan cerita ini ialah ia agak unik dan mempunyai banyak unsur yang mendebarkan serta membangkitkan rasa teruja,” ujarnya lagi.

Selain Aeril, filem yang diterbitkan oleh Respected Citizen Production ini menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Nabila Huda, Wawa Zainal, Johan Asari, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Ahmad Yatim, Datuk Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali, Jalil Hamid, dan banyak lagi.

Difahmkan, novel ini akan dijual dengan harga serendah RM33.90 di Semenanjung Malaysia manakal RM35.90 di Sabah dan Sarawak yang akan memberikan pengalaman yang luar biasa dan teruja melalui adaptasi novel dari filem mini tersebut.

Sinopsis

Novel ini menceritakan, Dahliya yang mahu melupakan sejarah hitamnya dan mahu memulakan hidup baru bersama anak tunggal kesayangannya Izo. Namun detik hitam muncul lagi dalam hidup Dahliya apabila rumah mereka dimasuki oleh pasangan penyamun, Bullet dan Speed.

Dahliya dan Izo berjaya mengusir mereka, namun sewaktu dia membuat laporan di balai polis, ASP Musa Grey bertindak memperkosa Dahliya di depan Izo. Dahliya dan Izo didatangi oleh tiga lelaki yang mewakili E-1, agensi rahsia yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan politik di Kota Lemuriya.

Mereka berdua diangkat menjadi pembunuh upahan pasukan E-1 yang berpengkalan rahsia di hospital mental Pusat Aman Bahagia.

20 tahun selepas itu, dalam satu pertemuan yang tidak dijangka, Izo bertemu semula dengan ASP Musa Grey, Bullet dan Speed di Harmoni Vila. Izo kali ini sudah bersedia dan tragedi berdarah bakal berlaku di vila itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hujan bukti kuasa indie, konsert ulang tahun ke-20 raih pengiktirafan MBOR

INDUSTRI muzik tanah air melakar satu lagi detik gemilang apabila kumpulan rock indie tersohor, Hujan, secara rasmi diiktiraf oleh...

More Articles Like This