Bella Astillah & Aliff Aziz dah berbaik? – “Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua betul”

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tampil meluahkan rasa terkilan terhadap sebuah blog hiburan yang menggunakan tajuk berita mengelirukan dengan mendakwa hubungannya dengan suami, Aliff Aziz sudah kembali baik.

“Izinkan saya perbetulkan apa yang disiarkan hari ini di beberapa media. Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.

“Jawab salah, tak jawab lagilah dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. 

“Semua fakta dipusing. Saya hormat kerja media, tapi tolong hormat juga empunya badan,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.

Pada masa sama, Bella turut meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian sendiri mengenai dirinya dan Aliff.

“Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul. 

“Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca ‘headline’ sahaja terus mengecam Bella.

“Saya sudah lama ‘move on’ dan cuba hidup tenang. Sekali lagi, saya minta maaf, saya hormat kerja rakan media,” katanya.

Menerusi laporan media sebelum ini, Bella memilih untuk mengunci mulut apabila diminta mengulas mengenai dakwaan sudah kembali baik dengan Aliff.

Ia susulan tarikh sebutan kes cerai mereka sepatutnya berlangsung hari ini namun ditunda pada 13 Jun.

Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi berusia 33 tahun itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac.

Lebih panas apabila muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Situasi semakin parah apabila Sarah mendedahkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga membabitkan ramai artis terkenal lain.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This