ADIK kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah menangkis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kakaknya itu sudah berbaik dengan Aliff Aziz.
Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah,28, menegaskan kakaknya itu tetap dengan pendirian untuk meneruskan kes penceraiannya.
“Bella dan dia tidak berbaik. Bila masa berbaik? Berhubung pun tidak. Nak berbaik macam mana? Memang nak cerai,” katanya.
Didi berkongsi perkara berkenaan ketika membuat siaran langsung di TikTok.
Sementara itu, Didi bengang apabila netizen mula menyerang dan mengutuk Bella selepas berita palsu tersebut tersebar.
“Kakak saya tak ada keluarkan apa-apa kenyataan yang beritahu mereka sudah berbaik. Saya pun nak mengamuk bila nampak artikel itu kata berbaik, suka hati saja.
“Kalau berbaik, saya orang pertama mengamuk dengan kakak saya. Saya akan jadi wakil netizen, jangan risau.
“Saya tak tahu siapa buat cerita…kalau tahu, saya akan hubungi dia. Mulanya saya ingat nak biarkan saja tapi bila ramai sangat, saya jadi geram pula,” luahnya.
Sebelum ini, timbul khabar angin kononnya Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, sudah berbaik dengan Aliff.
Bella kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar tidak ada pihak yang memutar belit kenyataannya.
Ia susulan kes cerai mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini ditunda pada 13 Jun ini.

