Vaksin Konjugat Pneumokokus bantu lindungi populasi kanak-kanak dan dewasa daripada penyakit Pneumokokus Invasif

Dari Penulis

MSD, peneraju global dalam penjagaan kesihatan, mencapai tonggak penting dalam memerangi penyakit pneumokokus dengan pengenalan Vaxneuvanceâ„¢, iaitu vaksin konjugat pneumokokus (PCV) 15-valen generasi baharu. Ia menawarkan perlindungan terhadap 15 serotip Streptococcus pneumoniae, dengan memberi imunisasi aktif untuk mencegah penyakit pneumokokus yang diakibatkan oleh Streptococcus pneumoniae serotip 1, 3, 4, 5, 6A, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19A, 19F, 22F, 23F dan 33F dalam individu berumur enam minggu dan ke atas.

Di Malaysia, kadar pneumonia dalam kalangan kanak-kanak di bawah lima tahun adalah antara 28 hingga 39 peratus, sekali gus menimbulkan ancaman besar kepada golongan ini . Berdasarkan statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia merupakan pembunuh nombor dua yang menjejaskan 13.3 peratus orang dalam ke semua kumpulan umur.

Khususnya, ia merupakan pembunuh nombor satu dalam kanak-kanak berumur 0 hingga 14 tahun, iaitu menyumbang kepada 4.0 peratus kematian dalam kumpulan umur tersebut. Malah, penyakit pneumokokus juga menyumbang kepada sehingga 21.7 peratus kes pneumonia komuniti (community-acquired pneumonia) di Malaysia  . Streptococcus pneumoniae adalah patogen bakteria yang paling biasa ditemui dalam pneumonia komuniti .

Menurut Pengarah Urusan MSD untuk pasaran Singapura, Malaysia dan Brunei, Dr Abdullahi Sheriff. pembangunan Vaxneuvanceâ„¢ oleh MSD membabitkan penyelidikan dan ujian klinikal ketat selama bertahun-tahun merentasi banyak negara termasuk Malaysia, yang telah membuktikan keupayaannya untuk mencetuskan tindak balas imun yang kuat terhadap kesemua 15 serotaip.

“Di MSD, kami komited untuk memajukan kesihatan global melalui penyelesaian yang inovatif, dan vaksin baharu ini mencerminkan komitmen ini. Malah, MSD sedang giat bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk menjadikan vaksin tersebut tersedia secara meluas, selari dengan misinya untuk menyelamatkan dan menambah baik kehidupan,” katanya.

Penyakit pneumokokus invasif (IPD) adalah jangkitan diakibatkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae, yang juga dipanggil pneumococcus. Antara contoh IPD termasuk bakteremia (jangkitan dalam darah) dan meningitis (jangkitan pada selaput otak dan saraf tunjang), yang juga mampu mengakibatkan komplikasi neurologi jangka panjang .

Vaksin pneumokokus telah diperkenalkan dalam NIP untuk kanak-kanak sejak Januari 2020. Vaksin baharu tersebut dijangka akan memberi liputan lebih luas dan kelebihan yang berpotensi. Dengan memberi perlindungan terhadap kumpulan serotaip yang mencetuskan risiko, ia berpotensi mengurangkan lagi beban keseluruhan penyakit dengan menangani epidemiologi Streptococcus pneumoniae yang serba berubah.

Pengenalan vaksin terbaharu ini merupakan satu langkah penting ke arah usaha mengurangkan beban penyakit pneumokokus dan kemudaratannya terhadap individu, keluarga dan komuniti, di samping memberi perlindungan yang lebih baik kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang berusia di Malaysia. Vaksin tersebut boleh didapati di klinik dan hospital di seluruh negara mulai April 2024.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This