PENYANYI Adira Suhaimi teguh dengan gerak hatinya untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak dan melupakan kisah lalu bersama bekas suami, Datuk Red.
Biarpun ramai yang mendoakan mereka kembali berbaik sebagai pasangan suami isteri, namun Adira atau Siti Adira Suhaimi,33, kini lebih selesa memilih untuk bersahabat baik demi membesarkan empat orang anaknya bersama-sama.
“Kalau kami tak ‘move on’ lagi takkan la kami boleh berborak, bergurau..macam sekarang ini.
“Saya ni jenis yang kalau tak ‘move on’ saya tak akan jumpa orang itu. Jadi maknanya kami boleh komunikasi dengan bagus. Maksudnya kami dua-dua sudah ‘move on’.
“Jangan cerita tentang tujuh tahun ke atau 10 tahun akan datang, esok pun kita tak tahu apa ceritanya lagi.
“Tapi kalau buat masa sekarang ini kamu semua tanya rujuk atau jadi suami isteri balik…memang tidak ada sinar.
“Datuk nak fokus untuk menyelesaikan semua masalah dia. Saya pula fokus untuk membesarkan anak-anak. Jarang saya serius, tapi ini cerita betul supaya kamu semua tidak ulang soalan yang sama,” katanya.
Adira berkata demikian menerusi siaran langsung TikTok.
Pada masa sama, penyanyi Ombak Rindu itu juga turut menegaskan tidak menjadi kesalahan sekiranya Datuk Red sering bertandang ke rumahnya disebabkan ingin melihat anak-anak walaupun dalam tempoh edah.
“Sekarang ini tempoh edah, memang dia boleh lagi untuk datang rumah. Kalau bukan dalam edah dia masih datang, itu pelik la.
“Buat masa sekarang kalau dia nak datang rumah atau jumpa anak tak ada yang pelik pun,” jelasnya.
Untuk info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Pada 23 April lalu, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

