Saarani sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung isu tanah rizab Melayu

Dari Penulis

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan penyelewengan penukaran status tanah rizab Melayu.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada SPRM untuk memberikan keterangan.

“Tak ada masalah (untuk beri keterangan). Kita ikut, kalau SPRM panggil untuk memberi keterangan, kita beri keterangan sebab kita tak tahu tahun bila tapi saya menjadi exco kerajaan negeri dalam sepanjang tempoh itu bermula tahun 2004, 2009 sehingga 2018.

“Jadi kalau ia berlaku dalam tempoh itu, kalau panggil saya saya bersedia untuk memberi kerjasama,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 di Dewan Merdeka, Seri Manjung, hari ini.

Baca artikel lain: Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bahawa kemungkinan akan memanggil beberapa lagi saksi untuk memberi keterangan berhubung kes penipuan status tanah rizab Melayu seluas lebih 600 hektar di Perak pada 2012.

Untuk rekod, ketika tahun 2012, Saarani merupakan Exco yang memegang portfolio pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, perladangan dan kebajikan semasa Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjadi Menteri Besar Perak.

Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri akan menambah keluasan Tanah Rizab Melayu di Perak.

Pada Julai tahun lalu, kerajaan Perak mengumimkan berjaya menambah keluasan tanah rizab Melayu (TRM) sebanyak 2,409.28 hektar membabitkan tanah-tanah kerajaan bernilai tinggi dan berpotensi dimajukan.

Penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan TRM di negeri ini meningkat kepada 955,587.8 hektar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This