Peguam, keluarga ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Mahkamah PJ

Dari Penulis

PEGUAM yang mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin hadir ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini.

Peguam Fahmi Abd Moin dilihat hadir bersama Peguam Ilyani Khuszairi dan datuk Zayn pada pukul 11.18 pagi.

Difahamkan, Fahmi baru sahaja menerima panggilan untuk hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi tadi

Sementara itu, peguam kepada ibu Zayn Rayyan iaitu Mahmud Abdul Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co hadir ke mahkamah sendirian pada pukul 11.20 pagi.

Terdahulu, keluarga kepada ibu bapa Zayn dilihat hadir ke mahkamah pada pukul 10.52 pagi.

Pengamal media mula berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak pukul 8.30 pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa Zayn Rayyan yang dipercayai mati dibunuh.

Kelmarin, ibu Zayn Rayyan dibawa ke Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi proses lakonan semula di lokasi kejadian.

Malah, anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak bagi proses lakonan semula itu.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, ibu bapa Zayn Rayyan disambung reman pada Jumaat lalu bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan.

Pada 31 Mei, ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, pada pukul 10.05 pagi, bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pembunuhan anak pasangan itu.

Hussein berkata, penahanan pasangan suami isteri itu mengikut maklumat risikan dan siasatan sejak hari pertama kejadian itu berlaku iaitu pada 6 Disember tahun lalu.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai pada sekitar pukul 12.30 tengah hari selepas pulang dari sekolah.

Kehilangan Zayn Rayyan itu membuatkan kumpulan penduduk di kawasan apartmen berkenaan mengaktifkan operasi mencari.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mengiring berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya pada keesokan harinya.

Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa.

Kes itu diklasifikasi bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This