Telefilem Ibu Pinjaman, inspirasi kisah benar bakal ditayangkan sempena sambutan Aidiladha

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BERSEMPENA sambutan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini, syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd membawakan telefilem khas berjudul Ibu Pinjaman yang ditayangkan di saluran Astro Ria dan Astro Oasis, jam 10 pagi.

Karya ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Bell Ngasri, Hasnul Rahmat, Sherie Merlis, Amanda Misbun, Zalif Sidek dan Rahim Jailani.

Tidak ketinggalan Adik Qisya Hairulzain dan dibantu oleh Linda Soh, Shukri Tahir dan Afiq Aris.

Penerbit dan Pengarah Dream At Work Sdn Bhd, Datuk Razlan Ismail berkata, telefilem Ibu Pinjaman dinspirasikan daripada kisah benar Ustaz Abdullah Muda.

“Telefilem ini mengisahkan konflik jiwa dua insan bernama Rizal dan Makcik Rokiah. Rizal, seorang lelaki yang sudah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu, sering berasa kesunyian dan kekosongan dalam hidupnya.

“Di satu sisi lain, Makcik Rokiah, seorang wanita tua yang hatinya hancur merindukan anak kandungnya. Dia menjalani hari-hari yang penuh kesepian.

“Kisah ini menyentuh hati apabila kedua-dua insan ini bertemu dan cuba mengisi kekosongan dalam hati masing-masing dengan kasih sayang yang terpendam,” katanya kepada URTV.

Menurutnya, lebih bermakna apabila telefilem itu bersiaran pada Hari Raya Aidiladha, hari yang penuh dengan makna pengorbanan dan kasih sayang.

Menariknya lagi, pelakon utama Ibu Pinjaman iaitu Wan Maimunah kini sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci. Sekaligus, telefilem ini turut membawa kesan dan keistimewaannya yang tersendiri.

“Ibu Pinjaman menjanjikan sebuah pengalaman emosi yang mendalam dengan kisah penuh kerinduan dan kasih sayang serta pengorbanan.

“Dibarisi pelakon yang hebat, cerita ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati setiap penonton,” katanya.

Telefilem yang mendapat sentuhan pengarah Datuk M. Razlan Ismail yang juga bertindak sebagai penerbit, bersama Irfan Hasan selaku Penerbit Eksekutif.

Dream At Work Sdn Bhd diberikan kepercayaan untuk menerbitkan telefilem ini bagi saluran Astro RIA di bawah naungan Penerbit Eksekutif Astro, Abdul Adzim Shahabudin.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton pada 17 Jun ini, jam 10 pagi di saluran Astro RIA dan Astro Oasis dan ulangan pada jam 11 malam pada hari yang sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This