Misi sama, penyamar berbeza, ICSYVMY musim ketujuh lebih riuh dengan barisan panel penyiasat baharu

Dari Penulis

SEJAK diperkenalkan, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) telah mencipta fenomena tersendiri dengan pengikutnya yang setia. Program ini merupakan rancangan realiti hiburan di Malaysia yang sambutan hangat saban tahun dengan capaian sehingga 14 juta tontonan sepanjang enam musim.

Program yang dinanti-nanti kini kembali bagi musim ketujuh dengan penampilan penyanyi-penyanyi misteri bersama barisan baharu panel tetap yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air, menjanjikan lebih banyak kejutan dan persembahan yang luar biasa untuk penonton di seluruh negara. 

ICSYVMY7 akan bersiaran selama 11 episod dan akan membuka tirainya bermula 23 Jun ini, setiap Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu dan lakukan siasatan anda bersama keluarga menerusi ICSYVMY7.

Program ini diketuai oleh Jamil Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit. Program yang mengambil konsep dan format asal dari Korea Selatan ini masih mengekalkan Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai pengacara.

Gandingan mantap mereka berdua yang serasi dan lucu sememangnya membuat peminat dan penonton setia ICSYVMY7 tidak kering gusi. Konsepnya yang unik, menjadikan rancangan ini terus mendapat tempat di hati peminat dengan kombinasi hiburan, drama dan teka-teki yang mencabar.

“I Can See Your Voice Malaysia musim ketujuh menjanjikan banyak elemen-elemen baharu dan menarik. Penonton akan dapat menyaksikan gelagat lucu yang pasti dapat menceriakan malam mereka. Kami telah berusaha keras untuk memastikan setiap episod lebih menghiburkan daripada sebelumnya,” kata Jamil.

Pengacara ICSYVMY7, Izzue dan Shiha memberi pandangan yang sama, “Kami sangat gembira untuk kembali bersama penonton dan tidak sabar untuk menyaksikan kejutan-kejutan hebat yang menanti.  Setiap musim mempunyai keunikan tersendiri dan kami yakin musim ini akan menjadi yang terbaik!,” kata mereka.

Pada musim ini, anda akan dihiburkan lagi dengan gelagat barisan panel penyiasat tetap baharu yang terdiri daripada pelakon, pelawak dan penyanyi hebat tanah air iaitu Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim. Berjayakah mereka menggalas tanggungjawab untuk mencari penyanyi sebenar? Atau adakah mereka dipertanggungjawabkan hanya untuk meriuhkan keadaan dan menimbulkan kekeliruan penonton di rumah?

Istimewanya musim ini, penonton akan menyaksikan ICSYVMY7 tampil dengan tema pakaian yang berbeza seperti Seram, Bollywood, Rock dan Retro di episod yang tertentu.

Berbeza dari musim yang lalu, musim ini akan menampilkan artis jemputan bukan hanya terdiri daripada kalangan penyanyi sahaja, bahkan juga pelakon dan pelawak.

Barisan panel tetap dan jemputan diberikan peluang sebanyak empat pusingan bagi membantu artis jemputan untuk memilih penyanyi yang sebenar. Jika peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, dia bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Manakala penyanyi sebenar mungkin akan berpeluang menyertai Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.

Program muzik misteri ini memerlukan kata sepakat bagi mengenal pasti dan membuat keputusan siapakah penyamar yang perlu disingkirkan. Seperti biasa, artis jemputan akan memperoleh bantuan dari panel penyiasat tetap dan panel penyiasat jemputan untuk mengenal pasti penyamar dan penyanyi sebenar pada setiap episod.

Antara artis jemputan yang akan meriahkan lagi suasana di ICSYVMY7 ini adalah Sharif Zero, Chacha Maembong, Amy Mastura, Janna Nick, Khai Bahar, Adira Suhaimi dan ramai lagi. Manakala, panel penyiasat jemputan pula terdiri daripada Ryan Bakery, Azhan Rani, Anna Jobling, Nadeera, Ernie Zakri, Datuk Yusof Haslam, Marsha dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This