Botakkan rambut, Emelda Rosmila rasa kepuasan diri

Dari Penulis

PELAKON, Emelda Rosmila tampil ganas dengan gaya rambut botak demi menjayakan watak dalam filem Abnormal Buas hasil terbitan pelakon Aeril Zafrel.

Menurut Emelda atau nama lengkapnya Emelda Rosmila Abdul Hamid, 45, berkata keputusan tersebut bukanlah satu masalah baginya kerana dia pernah mencukur rambutnya hingga botak ketika usia remaja untuk mengikuti trend fesyen pada masa itu.

Malah, dia juga merasakan penampilan watak tersebut seakan mengimbau kenangan lamanya.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama, waktu umur 20 tahun lagi saya dah cukur kepala. Jadi buat perkara ini dan bertukar-tukar fesyen, tidak menjadi satu masalah.

“Karakter yang dibawa macam saya ketika umur 19 dan 20 tahun dahulu. Banyak gunakan ‘piercing’ dan berambut botak dirasakan kembali semula kepada personaliti dahulu,” ujarnya kepada URTV.

Dalam masa yang sama, dia turut menjelaskan bahawa penampilan ganas tersebut dilakukan untuk memberi kepuasan diri dalam membawakan watak tersebut tanpa terpengaruh oleh mana-mana selebriti tempatan mahupun luar negara.

“Saya bukan buat untuk orang tengok saya, tapi buat lebih kepada kepuasan diri. Memang saya tidak merujuk kepada mana-mana karakter luar, semuanya di reka sendiri.

“Lebih melihat kalau cukur kepala watak itu lebih sesuai, nampak karakter lebih ganas sikit,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, dia memberitahu bahawa suaminya, Adlin Aman Ramlie, 53, yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem ini, menerima penampilannya dengan baik dan merasakan seolah-olah menerima pasangan hidup baru.

“Adlin baik sahaja, dia suka dan rasa macam ada teman wanita baharu. Selepas daripada itu, dia tak bagi saya panjangkan rambut, dah panjang sikit suruh cukur,” jelasnya.

Emelda berkongsi kenyataan tersebut ketika di temui di majlis tayangan perdana filem Abnormal Buas yang berlangsung di GSC Midvalley Megamall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Difahamkan, filem Abnormal Buas, hasil karya terakhir pengarah Allahyarham Azhari Zain akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara pada 20 Jun ini.

Filem ini akan menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Kodi Rasheed, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This