“Mereka seperti seekor lembu yang di cucuk hidung” – Ibu Aliff Aziz terima ratusan mesej kebencian

Dari Penulis

IBU kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil, mendedahkan bahawa akaun Instagramnya (IG) kini dihujani dengan mesej kebencian dan luahan perasaan marah daripada netizen berhubung kontroversi hangat yang melibatkan anaknya.

Menurut Siti, dia meluahkan rasa simpati terhadap keprihatinan para netizen yang banyak meluangkan masa untuk melontarkan kata-kata yang kasar terhadap keluarganya.

Namun, memilih untuk memaafkan para pelaku tersebut serta bertindak dengan menyekat dan membuang mesej tersebut.

“Masya-Allah tabarakallah setiap hari saya terima beratus-ratus ‘hate DM’s (Direct Messege)’ dari tentera siber tegar.

“Alhamdulillah saya tidak baca hanya terus sekat dan buang, kesian sebab mereka bersungguh menulis memaki hamun.

“Mereka pasti penatkan tapi tidak mengapa saya maafkan sebab mereka tak tahu yang terbaik.

“Mereka seperti seekor lembu yang di cucuk hidung, tetapi pastinya mereka sangat sangat menghiraukankan kami kerana banyak habiskan masa dan tenaga untuk keluarga kami,” ujarnya menerusi perkongsian di Instgram miliknya.

Dalam perkongsian yang sama, dia turut memuat naik tangkap layar hantaran mesej dari seorang wanita yang bersikap empati dan mendoakan kesejahteraannya dalam menghadapi situasi sukar ini.

Perkara ini membuatkan Siti berasa syukur dan menganggap wanita tersebut berfikiran rasional serta berhati murni terhadap nasib yang menimpa keluarganya.

“Allah ilhamkan untuk terbaca DM kakak ini, Allahuakhbar ramai lagi insan-insan dan menjaga adab, alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella mencapai titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur pada Khamis.

Bella sebelum ini memfailkan permohonan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Untuk rekod, Aliff dan Bella sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan pada 9 September 2016 serta diberkati dengan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This