Khalwat: Menteri Agama sahkan Aliff Aziz & Ruhainies mengaku bersalah, selesai bayar denda RM3,000

Dari Penulis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar mengesahkan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Ujar Mohd. Na’im, kes tersebut sudah selesai dan kedua selebriti itu telah mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan. 

“Pada peringkat awal, kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah. Berdasarkan pengakuan tersebut, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan, ia adalah prosedur biasa di mana-mana mahkamah sama ada syariah atau sivil. 

“Pada 21 Februari, kedua-dua mereka yang tertuduh telah memaklumkan hasrat untuk menarik balik pengakuan tidak bersalah dan ingin mengaku bersalah. 

“Jadi, pengakuan bersalah itu telah direkodkan mahkamah. Tiada sebarang paksaan, semua jelas dan dilakukan secara sukarela. Penghakiman dillakukan berdasarkan pengakuan tersebut dan mereka berdua didapati bersalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan dan Syawal 2025 TV AlHijrah, di ibu negara.

Tambah Mohd. Na’im lagi, kenyataan rasmi daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan itu sebaiknya perlu dihormati. 

Sekiranya Ruhainies atau Aliff tidak akur dengan keputusan mahkamah, mereka boleh berdepan kemungkinan dipenjara tiga bulan. 

“Setiap seorang daripada mereka (andai gagal menurut perintah) boleh dipenjara selama tiga bulan. Saya difahamkan mereka sudah membayar denda sebanyak RM3,000 dan kes selesai, tutup buku,” jelasnya.

Aliff dan Ruhainies masing-masing dituduh di bawah Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana berkhalwat.

Pada 20 Jun 2024, Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin berhubung kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Media sebelum ini melaporkan seorang selebriti berstatus suami orang dan pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Sumber dilaporkan berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hasil maklumat awam. Pasangan itu dicekup di kediaman pelakon wanita terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This