“Jangan fikir kita lagi bagus daripada orang lain” – Norreen Iman pesan jauhkan diri dengan individu toksik

Dari Penulis

SELEBRITI media sosial, Norreen Iman menitipkan nasihat agar tidak terlalu berbangga diri dengan kebaikan yang dilakukan.

Malah, Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah, 31, merasakan sifat tersebut boleh memakan diri dan akhirnya menjadi toksik bagi orang lain.

“Pertama sekali kita jangan fikir yang kita lagi bagus daripada dia sebab kalau kita rasa lebih bagus daripada orang lain, kita kena fikir kita lagi teruk daripada dia.

“Bila kau dah mula bandingkan ‘orang ni toksik, aku lebih baik’ tak lama lagi benda itu akan terpalit juga dengan diri kau sebab kau rasa diri kau lebih baik daripada orang lain,” ujarnya.

Noreen berkongsi kenyataan ini menerusi akaun Tiktok miliknya bagi membalas pertanyaan pengikutnya yang berhadapan dengan individu toksik.

Namun, dia memberitahu solusi terbaik menghadapi individu toksik adalah dengan tidak mengambil peduli dan menjalani kehidupan sebaik mungkin.

“Jadi kalau kau rasa kau dah melalui banyak perkara buruk dengan orang tersebut, jauhkan diri dan mendiamkan diri. Orang toksik ni suka buat kerja laju-laju tapi kau ‘slow’ je. Kau hanya jalani hidup kau dan tenang sahaja.

“Baru lah orang tu akan kancheong (cemas) dan Insya-Allah satu hari nanti dia akan sedar kenapa orang menjauhkan diri,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, sebelum terkenal sebagai pempengaruh, Noreen telah menceburi bidang lakonan pada usia 7 tahun dalam iklan raya Petronas arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad pada tahun 2001. Namun berehat seketika sebelum kembali aktif berlakon pada tahun 2020 hingga kini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This