Kahwin di Thailand nak cepatkan proses, pilih Aiman lepas solat istikharah – Siti Jamumall

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis


PERSONALITI media sosial, Siti Jamumall membuat keputusan bernikah dengan Aiman Tak Kesah atau Khairul Aiman Ahmad Kudus,21, di Thailand pada 1 Jun lalu disebabkan ingin menghalalkan hubungan mereka dengan cepat.

Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, 25, berkata, faktor tempoh masa yang agak lama bagi melengkapkan proses dokumentasi di negara ini menjadi punca dia membuat keputusan untuk bernikah di luar negara.

“Ramai orang tak tahu saya sebenarnya perlu terbang ke Dubai selepas batalkan perkahwinan dengan bekas tunang pada 31 Mei lalu. 

“Sebagaimana yang ramai tahu, urusan dokumentasi untuk berkahwin di sini mengambil masa yang lama. 

“Tapi, saya tidak galakkan orang ramai untuk berkahwin di luar negara seperti apa yang saya lakukan tetapi apa salahnya kahwin di luar Malaysia. 

“Malah, saya juga sudah memberitahu keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya kepada URTV pada sidang akhbar tergempar bagi menjelaskan status perkahwinan mereka di Setia Alam, Shah Alam, petang tadi.

Pada masa sama, Siti tidak menyimpan dendam walaupun terpaksa menanggung kos kerugian sebanyak RM70,000 meskipun pernikahan tersebut tidak berlaku. 

“Memang benar, saya kerugian hampir RM70,000 yang meliputi kos keseluruhan majlis termasuk tempahan dewan, makan dan sebagainya. 

“Saya buat keputusan untuk batalkan walaupun dua hari lagi majlis berlangsung. Keputusan itu tidak dibuat secara terburu-buru sebab saya sudah melakukan solat istikharah. 

“Bagi saya siapa kita nak halang takdir, Allah yang tetapkan jodoh kami. 

“Sebelum ini selalu dengar cerita orang lain hadapi dugaan bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin bersama orang lain. Siapa sangka perkara tersebut terjadi kepada saya,” ujarnya. 

Dalam masa sama, pempengaruh yang juga usahawan itu sudah menghantar borang pendaftaran pernikahan di sini dan bersedia untuk membayar denda. 

Terdahulu, Siti dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

Difahamkan, segala persiapan sudah dibuat termasuklah menghantar kad jemputan kepada tetamu.

Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This