Pas bincang dengan Bersatu berhubung kerusi DUN Nenggiri – Mohd Amar

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berbincang bagi menentukan pihak mana yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang diumumkan kosong bermula hari ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya yakin akan terus mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kelak.

“Kita akui setiap kali berlaku PRK ada cabaran tersendiri namun kita yakin kerusi berkenaan akan terus menjadi milik kita.

“Siapa yang akan bertanding sama ada Pas atau Bersatu, pimpinan tertinggi akan bincang mengenai perkara berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Katanya lagi, Pas sebelum ini sudah mengambil langkah perlu apabila dua Ahli Parlimen di Kelantan dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Selepas berlaku isu sokongan, kita sudah mengambil langkah perlu untuk berdepan PRK termasuk turun ke lapangan, dapatkan maklum balas pengundi dan perkemaskan ahli,” katanya.

Baca artikel lain: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Terdahulu, Mohd Amar yang juga Speaker DUN Kelantan mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang ADUN Bersatu mengenai keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang hilang daripada Bersatu.

Media sebelum ini melaporkan, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu sudah digugurkan keahliannya serta-merta.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Ia selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This