KENYATAAN Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pakatan Harapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid bahawa pengundi rugi jika memilih pembangkang pada PRK berkenaan tidak munasabah.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hal ini kerana projek pembangunan merupakan tanggungjawab kerajaan bukannya wakil rakyat.
Katanya, kerajaan mungkin boleh menyekat peruntukan wakil rakyat tetapi projek pembangunan dalam setiap kawasan menjadi tanggungjawab mereka.
“Mana-mana tempat pun kerajaan yang buat (pembangunan), tidak bermakna bila pembangkang jadi wakil rakyat, pembangunan akan tersekat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Mohamad bahawa tiada dana yang akan diperuntukkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang seperti mana yang diterima jika pengundi memilih calon Perikatan Nasional (PN) pada 6 Julai nanti.
Baca artikel lain: MOM tambah baik reka bentuk jaket rasmi kontinjen negara – Mohamad Norza
Beliau memberitahu, wakil rakyat menyampaikan suara rakyat dan memastikan kebajikan mereka dijaga.
“Hari ini kita fikir, wakil rakyat yang kena buat projek, mana boleh… itu tugas kerajaan bukan wakil rakyat,” katanya lagi.
Mohd Amar yang juga Speaker Dewan DUN Kelantan turut memberi contoh beberapa kawasan seperti Seputeh dan Bukit Bintang yang diduduki pembangkang tetap maju.
“DAP yang menduduki kawasan berkenaan sebelum ini merupakan pembangkang tetapi kedua-duanya membangun,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

