Kemelut 6 Ahli Parlimen Bersatu tak jejaskan hubungan dengan Pas – Mohd Amar

Dari Penulis

KEMELUT enam Ahli Parlimen yang beralih pendirian sama sekali tidak menjejaskan hubungan di antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, hubungan mereka masih seperti biasa selain menyifatkan kemelut yang berlaku bukan masalah parti.

“Hubungan kami dalam Perikatan Nasional (PN) masih seperti biasa kerana yang bermasalah ini adalah individu dan bukan parti.

“Bersatu tetap kekal bersama kami. Individu-individu ini kena tunggu pilihan raya dan mereka akan dihukum oleh rakyat kerana mengkhianati mandat diberikan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, hari ini.

Mohd Amar berkata, tindakan secara individu itu dipercayai berkepentingan peribadi bahkan beralih sokongan tersebut tidak sepatutnya berlaku khususnya di Kelantan.

Baca artikel lain: NRES konsisten pantau cuaca panas – Nik Nazmi

“Misalnya Ahli Parlimen Gua Musang, beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri yang mendapat peruntukan di bawah kerajaan negeri,” katanya lagi.

Beliau turut mengakui kemelut yang terjadi bukan sahaja menjejaskan imej Bersatu Kelantan tetapi juga Perikatan Nasional (PN) sekali gus akan menjejaskan keyakinan pengundi.

“Kita dengar banyak cerita mereka dijanjikan kemudahan-kemudahan tertentu, cuma kita tidak ada bukti yang jelas tetapi berasakan cerita itu betul.

“Sebab itu dulu kita sebut kepada pimpinan Bersatu cari calon yang bagus dan boleh dipercayai, tetapi mungkin masa itu mereka tidak ada calon yang baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This