BINTANG muda yang semakin meningkat naik, Hasif Upin berkongsi pengalaman berdepan situasi gempa bumi ketika sedang menjalani penggambaran Paku Tanah Jawa di Jogjakarata, Indonesia pada tahun lalu.
Ketika kejadian, dia sedang tidur dan tiada sesiapa yang berada di lokasi sama.
“Ketika kejadian, saya sedang tidur pada waktu malam. Semua orang dah keluar.
“Saya sorang saja kat dalam tu jadi tiada siapa yang kejutkan untuk saya bangun,” katanya kepada URTV.
Hasif mengakui bahawa hal ini memberikan kesan sehingga mendatangkan ‘anxiety’ semasa proses penggambaran dijalankan.
“Saya baru lepas kena gempa bumi lebih dari 5 skala Richter sehari sebelum penggambaran bermula.
“Lepastu masa dekat situ semua orang macam ‘Allahuakbar! Allahuakbar!’, saya macam nak menangis.
“Saya menangis, menggigil-gigil ‘anxiety’. Iyalah pertama kali kena gempa bumi, dekat Malaysia tak pernah kena,” ujarnya.
Perkara ini bukan lah satu hal yang biasa buat hasif kerana bencana alam seperti gempa bumi boleh mengundang maut kepada orang lain.
“Bila saya nak mula penggambaran saja, saya takut sebab bimbang ada gempa susulan. Jadi, sebab itulah saya macam tak fokus sangat.
“Rasa gegarannya macam orang hentak-hentak, saya ingatkan saya kat mana rupanya Allahuakbar!.
“Sampaikan katil saya tu bergetar, katil kan berat. Kita macam tak percaya ingatkan ada hantu gegar ke apa kan,”tambahnya lagi.
Hasif turut menggambarkan suasana panik di luar bilik tempat dia menginap.
“Semua orang menjerit ‘Allahuakbar’, saya macam kenapa semua orang luar Allahuakbar ni, sembahyang subuh ke, rupanya gempa bumi,” ungkap penyanyi Janji Sampai Mati itu.
Selain Hasif, Paku Tanah Jawa turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Masayu Anastasia, Gisellma Firmansyah, MK K-Clique dan Wafda Saifan Lubis.
Ia membabitkan gandingan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Filem arahan Bambang Drias itui akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 Jun ini.

