Ustaz Don mohon maaf atas kekeliruan mengenai berpuasa pada hari Tasyrik

Dari Penulis

PENDAKWAH bebas, Ustaz Don Daniyal, secara terbuka memohon maaf atas jawapan yang mengelirukan mengenai isu berpuasa pada hari Tasyrik di sebuah stesen radio.

Walau bagaimanapun, Ustaz Don atau nama lengkapnya Don Daniyal Don Biyajid, 40, tampil memperjelaskan bahawa berpuasa pada hari tersebut adalah dilarang.

“Assalamualaikum kepada semua, saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua banyak-banyak. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua, minta maaf semua.

“Jawapan yang betul, tak boleh puasa pada hari raya Aidiladha dan hari Tasyriq juga iaitu hari raya kedua, ketiga dan keempat (hari ke 11, 12 dan 13). Saya minta ampun, minta maaf,” katanya.

Difahamkan, Ustaz Don telah membuat permohonan maaf atas perkara ini selepas video rakaman suara tular sehingga menjadi perdebatan orang ramai.

Namun begitu, dalam perkongsian video lain, dia turut memberitahu bahawa pihaknya hanya ingin mempermudahkan pemahaman orang ramai mengenai isu tersebut.

“Soalan itu ditanya pendengar dan semasa nak rakam pendengar kata hanya untuk hari raya Aidiladha pertama sahaja.

“Huraian dia panjang tapi ketika itu, hanya nak beri pendengar faham sahaja. Maaf kerana beri jawapan mengelirukan,” katanya lagi.

Terdahulu, Ustaz Don telah direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah berhubung kenyataannya bahawa manfaat memandang wajah guru lebih baik berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda.

Perkara ini telah mencetuskan persoalan dan didakwa bercanggah dengan pendapat tanpa merujuk kitab sahih para agamawan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lafaz talak sah, Marissa & Aslam bukan lagi suami isteri

SEGALA teka-teki mengenai status rumah tangga pasangan sensasi tanah air akhirnya bernoktah. Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada...

More Articles Like This