Khabar angin Pas sertai Kerajaan Perpaduan tidak benar, henti kenyataan kelirukan rakyat – Guan Eng

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA pihak yang berada dalam Kerajaan Perpaduan mesti berhenti menyampaikan khabar angin mengelirukan rakyat termasuk kononnya Pas sedang mengadakan perbincangan untuk menyertai kerajaan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menegaskan, ini kerana pihaknya sedang berhadapan dengan pilihan raya kecil (PRK) yang disifatkannya sebagai sukar iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menurut Guan Eng, beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri DAP berhubung perkara tersebut.

Guan Eng memaklumkan, kesemua menteri DAP menjelaskan isu kononnya Pas sedang mengadakan perbincangan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan itu tidak pernah dibincangkan di peringkat tertinggi.

“Khabar angin kononnya Kerajaan Perpaduan sedang mengadakan perbincangan dengan Pas untuk menyertai kerajaan Persekutuan adalah sama sekali tidak benar.

“Jelas sekali pihak yang cuba membuat tanggapan kononnya DAP terlibat dengan usaha untuk membawa Pas ke dalam Kerajaan Persekutuan mempunyai niat menipu untuk memburukkan imej parti.

“Pihak-pihak ini jelas lupa peranan jahat yang digerakkan sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagaimana terdapat gerakan dan usaha mereka bagi meletakkan Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan dengan menandatangani Akuan Berkanun yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak menyentuh langsung isu tersebut ketika sesi taklimat khas sebelum persidangan Dewan Rakyat kepada ahli Parlimen kerajaan, semalam.

Baca artikel lain: Pas sertai kerajaan hanya imaginasi syok sendiri Fahmi Fadzil

Sebaliknya, kata beliau, Perdana Menteri menekankan rasa tidak puas hati dengan tindakan mempolitikkan pelaburan kerajaan oleh pembangkang terutama apabila mengheret isu BlackRock ke dalam perolehan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP.

“Negara seperti Arab Saudi juga mempunyai hubungan dengan BlackRock.

“Perdana Menteri berkata sekiranya logik seperti ini yang mahu digunakan, maka Malaysia perlu memutuskan sepenuhnya hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat kerana memberikan sokongan kepada Israel. Ini sudah tentu tidak masuk akal,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata terdapat banyak perbincangan antara pimpinan Pas dan Kerajaan Perpaduan yang dikaitkan dengan dakwaan Pas mahu menyertai Kerajaan Perpaduan.

Menurut laporan media, Fahmi berkata perbincangan termasuklah yang dilakukan menteri besar daripada Pas contohnya dengan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Pas menganggap kenyataan yang dikeluarkan Fahmi itu sebagai syok sendiri dan tiada kaitan dengan realiti politik.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, kenyataan itu tidak lain hanya mahu mengelirukan orang ramai dan menimbulkan persepsi buruk terutama menjelang PRK DUN Sungai Bakap.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This