KENYATAAN yang kononnya ‘kemungkinan’ Pas akan menyertai kerajaan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil disifatkan sebagai syok sendiri.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, kenyataan yang mendakwa ‘ada banyak perbincangan sedang berjalan’ adalah imaginasinya sendiri dan tidak ada kaitan dengan realiti politik.
Jelas beliau, ia tidak lain hanya mahu mengelirukan orang ramai dan menimbulkan persepsi buruk terutama menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap pada 6 Julai depan.
“Justeru ahli-ahli dan penyokong Perikatan Nasional (PN) tidak harus terperangkap dengan politik dan publisiti murahan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ini.
“Tanpa kejayaan yang boleh dibanggakan, selain berdepan dengan banyak cabaran kerana dasar-dasar yang cacamarba…Fahmi nampaknya berasa perlu untuk mengalihkan perhatian orang ramai kepada Pas dan PN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: PM minta Ahli Parlimen jangan ponteng sidang Dewan Rakyat – Mohamad
Takiyuddin memberitahu, ‘rundingan’ disebut Fahmi adalah perkara biasa berkait urusan pentadbiran Pusat dan negeri dalam sebuah negara Persekutuan.
Justeru, ujarnya amat memalukan seorang bertaraf menteri tidak dapat memahami antara politik dengan pentadbiran, apatah lagi konsep federalisma.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, Pas tetap kekal bersama PN dan iltizam berkenaan telah disebut sebelum ini oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yahya.
“Perlu juga ditegaskan bahawa Pas bukan seperti parti-parti dalam gabungan kerajaan yang sering mengubah janji dan pendirian mereka ketika sebelum pilihan raya dan selepasnya atau pada bila-bila masa lain yang perlu apabila tersepit dengan keadaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

